Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Unit
Perhubungan dan Latihan Industri banyak faedah dan ilmu yang
saya dapat pelajari, terutamanya tentang sistem pengkomputeran dan pengurusan yang
mana saya tidak pernah mempelajari dimana-mana tempat sebelum ini.
Saya juga berpuas hati dengan pendedahan kerja yang
diberikan oleh pegawai terhadap saya, sehinggakan saya mengetahui selok-belok sesuatu pekerjaaan dengan lebih mendalam.
Latihan ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan yang
sebenar tetapi turut membantu saya memperbaiki cara berkomunikasi saya dengan
orang ramai.
Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama.
Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani Latihan Industri di Unit
Perhubungan dan Latihan Industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan dimana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang
dipohon.
7.2 KOMEN DAN CADANGAN
Pada pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang menjalani Latihan Industri ini, saya ingin menyatakan dapatan dan juga cadangan yang
mana terdapat kekurangan yang
perlu diperbaiki oleh Unit
Perhubungan dan Latihan Industri untuk kebaikan pada masa akan datang.
Melalui saranan dan cadangan yang
saya kemukakan, diharap pihak Unit
Perhubungan dan Latihan Industri dapat menerimanya dengan tindak balas yang
positif.
Antara cadangan dan saranan yang
dikemukakan untuk pihak Unit
Perhubungan dan Latihan Industri secara ringkas ialah :
1.Lawatan pensyarah.
Saya mencadangkan lawatan pensyarah hendaklah dilakukan dengan lebih kerap. Hal
ini akan memudahkan pelajar untuk memberitahu masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar di
firma. Segala permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar boleh dirujuk dengan pensyarah dan boleh diselesaikan dengan baik.
2.Penyusunan fail
yang tidak sistematik.
Di dalam unit
ini, sesetengah fail
tidak disusun dengan teratur disebabkan oleh sikap pengguna yang
tidak meletakkan fail
ditempat asal . ini menyebabkan sukar untuk pekerja-pekerja mencari fail
yang diperlukan.
3. Penggunaan internet yang terhad
Apabila melibatkan kerja untuk menggunakan internet sangat terhad dan diharapkan UPLI member pandangan yang serius kerana UPLi banyak menggunakan internet sebagai sumber utama untuk kerja-kerja yang diperlukan.
Antara saranan dan cadangan untuk
firma ialah :
i. Pihak
firma haruslah bertindak dengan memberikan kerja yang
bersesuaian mengikut kursus yang
diambil oleh pelajar Latihan Industri. Ini kerana, terdapat segelintir pelajar yang
menjalani Latihan Industri diberikan tugas yang
tidak bersesuaian oleh pihak
firma dengan kursus yang
diambil oleh pelajar di institusi pengajian.
ii. Majikan atau pihak pengurusan sepatutnya selalu berjumpa dengan pelajar untuk mengetahui masalah yang
dihadapi oleh pelajar semasa di
firma-firma.
Dapatan dan cadangan yang
dinyatakan ini hanyalah untuk menjamin kesejahteraan para pelajar dan juga nama baik Politeknik Kota
Bharu. Pada keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Latihan Industri yang
diwajibkan oleh pihak politeknik.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.