Pada Bulan Disember 2013 dan Bulan
Januari 2014, saya ditugaskan untuk
mengguruskan tentang Kad Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Pelajar Menjalani
Latihan Industri sessi Disember 2013. Pelajar yang sedang menjalani latihan industri
dikehendaki mengisi Kad Maklumat Semasa Latihan, mendapatkan plan tempat
latihan dan mendapatkan tandatangan pegawai dan cop firma pada Surat Pengesahan
Lapor Diri dan kembalikan kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
Politeknik Kota Bharu dalam tempoh seminggu selepas tarikh lapor diri. Sebarang
perubahan alamat tempat latihan (atas arahan jabatan/syarikat) dan perubahan
alamat tempat tinggal hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak UPLI.
Pelajar dikendaki menghantar dokumen
tersebut pos, faks, emel atau hantar sendiri ke politeknik dalam tempoh DUA (2)
minggu selepas melapor diri di organisasi. Sekiranya pelajar gagal berbuat
demikian, pelajar dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
KAD LAPOR DIRI PELAJAR
KAD MAKLUMAT SEMASA LATIHAN
KAD LAKARAN PETA FIRMA
MUKA DEPAN KAD
5.2 KEPERLUAN SEMAS LATIHAN INDUSTRI
Apabila
pelajar melapor diri di Organisasi Latihan, Pelajar dikehendaki melapor diri di
organisasi latihan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan menampilkan sahsiah
yang baik sebagai seorang pelajar politeknik. Dokumen Semasa Melapor Diri
Semasa melapor diri, pelajar dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:
i.
Surat
Lapor Diri Latihan Industri
ii.
Kad
Pelajar
5.3 LANGKAH-LANGKAH KEY-IN KAD LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA LATIHAN INDUSTRI
5. Klik carian sessi dan kelas.
8. Selesai
5.4 STATISTIK
PELAJAR LAPOR DIRI DI FIRMA SESSI DISEMBER 2013.
Mengikut statistik ini, saya mendapati pelajar yang melaporkan diri di firma pilihan mereka sangat seragam dan tidak menunjukkan penurunan atau pengurangan statistik pada sessi Disember 2013 ini. Kebanyakkan pelajar membuat pertukaran firma atas faktor-faktor persekitaran firma yang tidak selesa, komunikasi dengan staf dan pegawai tidak berkesan, masalah peribadi, gangguan seksual dan lain-lain. Masalah ini akan diberi pertimbangan oleh pegawai UPLI untuk membuat pertukaran pelajar dari firma tersebut.
Pelajar yang akan menjalani latihan industri hendaklah menghantar kad lapor diri dan kad maklumat pelajar menjalani latihan industri supay pegawai pemantau boleh memantau pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Jika terdapat perubahan maklumat pelajar dikehendaki menghantar kad perubahan alamat dan pelajar tidak boleh bertukar firma atau organisasi sesuka hati dan haus bertemu dengan pegawai UPLI dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan