Surat jawapan merupakan satu dokumen penting dalam proses memohon tempat latihan industri
Terdapat tiga prosedur yang harus diikuti pelajar untuk menjalani latihan industri. Prosedur pertama adalah prosedur Sebelum Latihan Industri. Pelajar harus mengetahui apa yang perlu buat sebelum menjalani latihan industri. Pelajar harus terlebih dahulu mendaftar kursus latihan industri.
Pelajar diwajidkan mendaftar kursus latihan industri satu semester lebih awal sebelum menjalani latihan industri. Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (UPLI) pada atau sebelum minggu ke-4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani latihan industri.
Ini bagi selaras dengan visi dan misi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia untuk semua pelajar Insitusi Pengajian Tinggi atau seluruh Politeknik di Malaysia.
4.2 SEKTOR INDUSTRI PILIHAN PELAJAR.
Setelah pelajar selesai mendaftar modul, menghadiri taklimat 1 dan mendapatkan keperluan latihan industri. Pelajar akan mencari tempat untuk menjalani latihan industri di mana-mana sektor.Sektor-sektor yang menjadi tumpuan bagi pelajar ialah :
i. Sektor Kerajaan
ii. Sektor Swasta
iii. Sektor Swasta-Kerajaan
Mengikut peratusan yang dikira pelajar yang akan menjalani latihan industri pada sessi Jun 2014 (22 Jun 2014 – 7 November 2014)
4.3 KAEDAH MEMOHON TEMPAT.
Pelajar boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu :
i. Melalui UPLI dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP).
Pelajar hendaklah menyemak senarai organisasi latihan yang boleh dipohon melalui UPLI. Serahkan resume kepada UPLI untuk urusan permohonan. Membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu). Menyemak status permohonan melalui UPLI.
Langkah-langkah pelajar memohon :
1.Buka Portal Politeknik Kota Bharu dan klik di Portal SPMP.
4. Klik di bahagian Pelaksanaan Sebelum LI
5.Klik Semakan Senarai Syarikat dan Organisasi
6.Tekan Negeri pilihan dan Bidang yang di ingini.
7. Pilih
ii. Melalui memohon sendiri ke organisasi pilihan.
Pelajar boleh menyemak senarai organisasi di UPLI. Pelajar perlu mendapatkan maklumat berkaitan organisasi tersebut sebagai rujukan sebelum membuat permohonan(sekiranya organisasi tidak tersenarai di UPLI). Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
a. Latar belakang organisasi
b. Jenis aktiviti
Pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan menggunakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan resume dan borang jawapan setelah berbincang dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (PPLI)/ Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ)/ Penasihat Akademik (PA). Pelajar perlu membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu). Jika pelajar menerima Borang Jawapan daripada organisasi, pelajar mesti menghantar ke UPLI dengan kadar segera.
Contoh surat jawapan yang telah mendapat tempat latihan industri yang diingini.

Surat jawapan dari firma yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri.
4.4 PERATUSAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESSI JUN 2014 YANG TELAH MENDAPAT SURAT JAWAPAN DARI FIRMA.
i. Statistik pelajar dari Jabatan Perdagangan.
iii. Statistik pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
iv. Statistik pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Eletrik.
Pelajar harus mempercepatkan urusan meminta tempat untuk menjalani latihan industri supaya pemprosesan kerja-kerja pegawai dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jika terdapoat firma yang belum atau lambat memberi maklum balas, pelajar di kehendaki meminta tempat lain untuk menjalani latihan industri atau pelajar hendaklah menelefon atau cuba menghubungi bagi pihak firma untuk mendapat jawapan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan