3.1 PENGENALAN : LAPORAN TEKNIKAL(PROSEDUR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI)
Sepanjang saya menjalani latihan industri di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri, saya telah diberi pendedahkan tentang prosedur yang harus diikuti dan memahaminya untuk pelajar apabila menjalankan latihan industri nanti. Saya mendapati bahawa Unit Perhubungan Dan Latihan Industri menggunakan prosedur ini untuk memudahkan bagi penyelarasan dan pembahagian kerja yang di jalankan.
Ini bagi selaras dengan visi dan misi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia untuk semua pelajar Insitusi Pengajian Tinggi atau seluruh Politeknik di Malaysia. Prosedur ini harus saya ketahui dan belajarinya untuk menerangkan pada pelajar yang mempunyai masalah tentang prosedur yang di jalankan secara ringkas.
Terdapat tiga prosedur penting yang harus pelajar tahu dalam menjalani latihan industri, iaitu :
- Prosedur Sebelum Latihan Industri.
- Prosedur Semasa Latihan Industri.
- Prosedur Selepas Latihan Industri.
3.2PROSEDUR-PROSEDUR MENJALANI LATIHAN
INDUSTRI.
INDUSTRI.
Prosedur sebelum menjalani latihan industri adalah langkah-langkah pelajar yang harus mereka tahu sebelum menjalani latihan industri. Pelbagai aktiviti yang telah saya lakukaan dalam prosedur ini untuk membantu pelajar yang akan menjalani latihan industri. Saya dapati bahawa pelajar akan mendaftar modul atau kursus untuk menjalani latihan industri, mereka akan mendaftar satu semester sebelum menjalani latihan industri. Setiap prosedur mempunyai peraturan yang berlainan.
Terdapat langkah-langkah yang harus mereka ikuti dalam prosedur ini, iaitu :
PROSEDUR SEBELUM LATIHAN INDUSTRI
Peraturan Sebelum Latihan Industri :
i. Mendaftar kursus LI di UPLI dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus.
ii. Lulus Kursus Soft Skills.
iii. Menghadiri semua taklimat LI.
iv. Memohon dan mendapat tempat LImengikut kesesuaian bidang pengajian.
v. Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat latihan.
vi. Tidak menukar atau menolak tawaran organisasi latihan tanpa kelulusan UPLI.
vii. Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI
PROSEDUR SEMASA LATIHAN INDUSTRI.
Peraturan Semasa Latihan Industri.
i. Mematuhi segala peraturan politeknik dan organisasi.
ii. Melapor diri di organisasi pada tarikh dan masa ditetapkan.
iii. Menjalani latihan di organisasi berkenaan sehingga tarikh tamat latihan.
iv. Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan bertulis UPLI.
v. Mengisi dan menghantar semua borang atau dokumen yang berkaitan kepada UPLI dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang pemalsuan.
vi. Sentiasa memaklumkan perubahan maklumat peribadi kepada pihak UPLI.
vii. Sentiasa menjaga kerahsiaan organisasi
PROSEDUR SELEPAS LATIHAN INDUSTRI.
Peraturan Selepas Latihan Industri.
i. Pelajar mesti mendaftar tamat LI pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen- dokumen berikut:
ii. Laporan Akhir Latihan Industri
iii. Jurnal Refleksi
a. Borang Penilaian Prestasi oleh organisasi
b. Borang Practical Task
c. Borang Reflective Journal
iv. Surat Pengesahan Tamat Latihan
v. Menghantar dokumen-dokumen di atas tanpa sebarang pemalsuan.
vi. Menghadiri sesi pembentangan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
3.3 PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI.
Saya mendapati setiap pelajar wajid mendaftar modul atau Soft Skills (AS101) sebelum menjalani latihan industri dan wajid lulus modul tersebut. Saya jugak terlibat dalam mengendalikan Talimat 1 iaitu Tatacara Dan Peraturan Memohon Tempat Latihan Industri dan Taklimat 2 iaitu Etika Latihan Industri.
Selain itu juga, saya menguruskan segala keperluan pelajar untuk menjalani latihan industri. Setiap pelajar sebelum menjalani latihan industri, pelajar dikehendaki membeli tiga keperluan untuk menjalani latihan industri, iaitu :
i. Buku jurnal refleksi
ii. Buku garis panduan latihan industri
iii. Muka halaman muka depan dan belakang (cover)
Setiap pelajar untuk menjalani latihan industri haruslah lengkap dengan keperluan latihan industri. Pelajar haruslah dan wajid mengetahui tentang prosedur-prosedur yang harus mereka mengikuti dalam menjalani latihan industri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan