BAB 1

1.1 PENGENALAN






LATIHAN INDUSTRI  adalah satu  syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut  Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia perkerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

           Pelajar akan menjalani Latihan Industri samada di sektor awam ataupun swasta pada semester ke 4 atau semester akhir pengajian selama 1 semester ( 4 bulan ). Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh UPLI. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu laporan Latihan Industri yang menerangkan skop kerja serta jenis kerja yang dipelajari dari latihan tersebut. Laporan tersebut perlulah lengkap mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Hasil daripada Latihan Industri, politeknik cawangan Kota Bharu kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh sektor awam atau swasta.









Program penempatan Latihan Industri adalah merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil atau Diploma oleh Politeknik-Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).   Objektif utama diperkenalkan Latihan Industri ini ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik lagi apabila tamat pengajian kelak.

Antara objektif lain diperkenalkan Latihan Industri ialah :












Laporan latihan adalah sangat penting kepada pelajar.  Setiap pelajar yang telah tamat Latihan Industri diwajibkan menyediakan satu laporan rasmi kepada pihak Politeknik sebagai bukti setelah tamatnya menjalani latihan praktikal dengan jayanya.  Laporan itu merupakan satu pencapaian keseluruhan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri.  Laporan itu mestilah lengkap mengikut keperluan dan kehendak Politeknik mengenai apa yang diperolehi semasa pelajar manjalani Latihan Industri.  Selain daripada laporan keseluruhan Latihan Industri, laporan aktiviti harian juga perlu disediakan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan tersebut di dalam buku refleksi jurnal yang telah disediakan.



            Antara objektif laporan ini ditulis adalah :










Latihan Industri dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar. Di antara kepentingan-kepentingan Latihan Industri adalah seperti berikut :










1.2  LATAR BELAKANG ORGANISASI



                                       



Unit Pehubungan Dan Latihan Industri Politeknik Kota Bharu (PKB)  merupakan unit yang bertanggungjawab dalam penempatan, pemantauan dan penilaian pelajar semasa latihan industri.  Pelajar politeknik diwajibkan untuk menjalani latihan industri satu semester di mana-mana sektor swasta atau kerajaan.  Seperti yang sedia maklum, Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.  Pelajar layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki dua kali peperiksaan akhir bagi kursus sijil dan tiga kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. 

Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki dua kali peperiksaan akhir bagi kursus sijil dan tiga kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Kota Bharu atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan jurusan yang dipelajari di politeknik. UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara Organisasi / Firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak Politeknik Kota Bharu sentiasa baik dan berterusan.

Sebelum menjalani latihan industri, pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan sama ada melalui Unit Latihan Dan Industri PKB atau membuat permohonan sendiri.  Disamping itu, pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan jurusan yang dipelajari di politeknik. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.

            Malahan, UPLI juga bertanggungjawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara organisasi / firma yang menawarkan tempat latihan  industri kepada pelajar dengan pihak politeknik sentiasa baik dan berterusan.








Sejak penubuhan politeknik yang pertama di Malaysia iaitu, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada tahun 1969, sistem pendidikan teknikal telah berkembang pesat seiring dengan
kemajuan pembangunan sektor industri negara. Politeknik yang pada mulanya memberi tumpuan kepada kursus Juruteknik, dan beberapa kursus yang lain termasuk perakaunan, teknologi galian, perancang bandar dan kampung, pengajian tanah dan trengkas, kini, telah menawarkan 1 program diploma lanjutan berasaskan Work-Based Learning, 49 program diploma, 37 program diploma pasca sijil politeknik, 12 program foundation bagi lepasan sijil kolej komuniti, 20 program sijil politeknik dan 5 sijil kemahiran khas untuk golongan Orang Kurang Upaya di 27 buah politeknik di seluruh negara. Lebih 305,900 graduan pada peringkat diploma dan sijil dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan telah dihasilkan. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Politeknik berperanan untuk memastikan keperluan tenaga kerja negara tahap separa profesional dan eksekutif pertengahan dapat dipenuhi secara bersepadu mengikut kehendak industri.






Politeknik-politeknik di England dan Wales merupakan institusi pendidikan tertiari dan apabila Further and Higher  Education Act (1992) berkuatkuasa, ianya dijadikan universiti. Mengikut sejarah, sistem pendidikan di Britain meletakkan politeknik lebih rendah daripada universiti kerana ia tidak  mempunyai kuasa perundangan untuk menganugerahkan kelayakan ijazah serta peranannya yang tertumpu untuk  menyediakan program teknik dan vokasional. Daripada 1965 hingga 1992, penganugerahan ijazah di politeknik  dilakukan oleh Council for National Academic Awards tetapi selepas itu, “universiti baharu” ini diberi kuasa untuk menganugerahkan ijazahnya sendiri. Perbezaan ketara yang masih timbul di antara bekas politeknik dan “universiti  lama” ialah dalam aspek gaji dan syarat perkhidmatan tenaga pengajar serta persepsi awam terhadap pendidikan di politeknik.Banyak politeknik ditubuhkan hasil perkembangan pendidikan tinggi yang pesat dalam tahun 1960-an. Walaubagaimanapun, sebahagian besar politeknik itu mempunyai sejarah lampau yang unik. London Polytechnic umpamanya, telah wujud sejak abad yang kesembilan belas. 
Institusi politeknik di negara lain terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat masih wujud walaupun tidak ada  perbezaan ketara di antara politeknik dan universiti seperti yang terdapat di Britain. Di Australia, institusi yang setara  politeknik ialah TAFE College.













1). Mengumpul Kad Maklumat Pelajar, Kad Lapor Diri, Surat Jawapan Pelajar dan Borang Penilaian Pelajar (Lampiran atau Appendix 1,2,3,4 dan 5)
2). Key-in Kad Maklumat Pelajar, Kad Lapor Diri, Surat Jawapan Pelajar dan Borang Penilaian Pelajar (Lampiran atau Appendix 1,2,3,4 dan 5) dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP)
3). Filing Kad Maklumat Pelajar, Kad Lapor Diri, Surat Jawapan Pelajar dan Borang Penilaian Pelajar (Lampiran atau Appendix 1,2,3,4 dan 5), apabila selesai key-in dalam SPMP
4). Menjawab panggilan telefon
5). AJK Jemputan VIP (Very Important Persons) semas Konvokesyen 10,11,12 dan 13 Mac 2014
6). Mencetak Surat Jemputan VIP, Surat Pelantikan Pensyarah sebagai pemantau dan Kupon Makan untuk Pensyarah Berjubah.
7). Fotostat memo atau surat yang difaks, Borang Permohonan CIDB, Borang Pembatalan Tempat, Borang Pesanan Pembelian Buku Harian.
8). Mengguna mesin Faks untuk menghantar surat atau memo.
9). menggunakan mesin Scan untuk scan dukumen penting.
10). Menyerahkan Kad CIDB Pelajar.
















       
KETUA UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
(EN. SHARUPUDDIN BIN YUSOFF)




PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
(EN.KANG KIM SOON)




PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
(EN. HAMDAN NAZERI BIN ZAINAL ABIDIN)




KETUA PENYELARAS
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
(CIK NURULAINI HAFIZAH BINTI MOHD HAFIR)

KETUA PENYELARAS
JABATAN KEJURUTERAAN ELETRIK
(EN MARUKI BIN HUSAIN)



KETUA PENYELARAS
JABATAN PERDAGANGAN
(PN. ANIZA BINTI YAACOB)  




KETUA PENYELARAS
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(EN.KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH)





PEMBANTU TADBIR
(PN. SHARIFAH BINTI SUDIN)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan