Ahad, 20 April 2014
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya, saya dapat menyiapkan Laporan Latihan Industri sessi Disember 2013. Sebelum saya menjalani Latihan Industri pengetahuan saya lebih kepada teori, namun selepas menjalani Latihan Industri ini pengetahuan praktikal saya telah bertambah dan dapat dijadikan bekalan untuk bidang kerjaya saya selepas ini. Segala maklumat mengenai tempat Latihan Industri dan aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang 20 minggu ini telah di muatkan dalam laporan ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Unit Latihan Industri, Encik Sharupuddin Bin Yusoff yang telah menjaga saya semasa menjalani Latihan Industri dan tidak lupa juga kepada Encik Kang Kim Soon yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan teguran semasa saya menjalani Latihan Industri. Ucapan terima kasih juga buat kakitangan Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Kota Bharu yang telah menerima saya dengan baik dan banyak membantu saya semasa menjalani Latihan Industri serta memberi layanan yang sewajarnya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Aniza Binti Yaacob yang merupakan penyelaras kelas DPM4A yang telah memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya selama saya menjalani Latihan Industri. Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada warga kerja dan pengajar kerana telah membantu urusan pembelajaran dan Latihan Industri saya ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ibu dan ayah yang tersayang yang telah banyak berkorban, sama ada dari segi masa, keringat dan wang ringgit bagi memastikan saya berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam aspek pendidikan.
Terima kasih untuk sekali buat ahli keluarga, sahabat dan semua pihak yang membantu saya ketika menjalani latihan industri.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)